What time is it??? Cuti time…finally…on 06 April 2008 my flatmates and I had our house warming. Because of the good management by Fiqri aka Bowyer, it was a successful event and I hope you guys enjoy the hot ‘bihun sup’ cooked by Faisal aka Saser and also the lovely fruit pudding cooked by Zakwan aka Chep. Well done!!!
Senang cakap, diorang nih calon menantu yang baik….hahahaha….(aku malas nk tulis dalam English…stuck lerrr…). Tapi sayang seribu kali sayang, hanya sorang jer yg aku rasa available, tapi tak berapa available sangat…Mak cik-mak cik jangan risau I’ll investigate the real status of saser….enough with introduction, lets talk about our extraordinary pegedil
Ramai yg bertanya tentang resepi Pegedil kami…..now I’m going to reveal the secret of our extraordinary Pegedil….
Ingrediants:
1.5 kg daging hancur, orang manjoi cakap mince
4.0 kg potato @ ubi kentang
7 butir bawang besaq (kata farahanim) dipotong dadu
5 ulas bawang putih
6 biji lada merah dihiris harus
2 pokok daun sup
4 biji telur ayam betina
2 cawan tepung jagung
Garam, minyak, lada hitam
10.30 pm – Kehadiran rakan-rakan dari jauh dan dekat memeriahkan suasana di 3/23 Newnhan Trc pada malam itu. Kelihatan Anis sedang mencuba bihun sup yg telah siap dimasak oleh saudara Faisal. Ternyata bihun yg dimasak amat sedap kerana pada ketika itu Anis telah masuk mangkuk yg ketiga. Suasana semakin meriah namun operasi masih belum lagi dimulakan.
11.00 pm – 4 kg kentang direbus oleh Bos dan Chep ygg ternyata kelihatan amat ceria dan bersemangat. Menurut Bos untuk memudahkan kentang empuk, kentang perlu lah dipotong kecil. Suasana semakin hangat dengan kehadiran Farahanim dan Faezah. Chep semakin bersemangat. Aku dan Yani mengambil tempat di dapur untuk menggoreng daging cincang. Minyak dipanaskan di dalam kuali yg kelihatan hitam. Goreng bawang besar yg dan bawang putih yg dipotong dadu. Kacau sehingga naik bau wangi. Anis mula berceloteh membuatkan Bowyer hilang tumpuan. Daging cincang dimasukkan ke dalam kuali dan digoreng sehingga kering. Garam dimasukkan sehingga daging betul-betul masin(kentang akan menyerap rasa masin tuh so kena letak lebih garam ah). Akhir sekali daun sup, lada merah dan lada hitam dimasukkan dan digaul mesra.
11.30 pm – Kelihatan daging yg digoreng telah kering air nya namun air liur Anis masih lagi belum kering. Celoteh nya ternyata berjaya membuatkan krew pemprosesan pegedil terus bertahan walaupun waktu telah hampir menjengah tengah malam. Farah, bos dan chep memulakan operasi melenyek kentang yg telah empuk direbus. Wajah ceria Kecik (Nadiah), Cha-cha dan Natasha menghidupkan lagi kemeriahan pada malan itu.
12.01 am – Kedinginan pagi menusuk hingga ketulang hitam. Namun usaha untuk menyiapkan kira-kira 600 biji pegedil masih lagi diteruskan. Ubi yg siap dilenyek digaul bersama daging yg telah digoreng. Sedikit tepung jagung ditambah bersama 4 biji telur ayam betina. Ramasan mesra dan penuh kasih sayag Chep menghasilkan adunan yg pejal dan bermutu.
12.30 am – Operasi menggentel dimulakan. Antara penggentel yg terlibat ialan Chep, Saser, Bowyer, Cha-cha, Kecik, Nat, Faezah, Bos, Anis, Yani, Farah dan aku. Air tangan mereka menambahkan lagi rasa dan keenakan pegedil kami.
1.30 am – Kelihatan penggentel-penggentel masih bertenaga dan ceria. Terima kasih kepada Anis yg sentiasa menyuntik semangat kepada kami dengan cerita-cerita yg menarik. Seperti biasa cerita yg paling menarik dan sering kali deceritakan oleh gadis bertahi lalat di bibir ini adalah tentang wang mas khawinnya dan hantaran yg ternyata senilai dengan mas kawin selebriti. Wajah Bowyer kelihatan runsing melayan celoteh Anis. Pegedil yg siap degentel digaul dengan tepung jagung. Sebelum digoreng dalam minyak yg panas, pegedil yg siap degentel dicelup di dalam telur. Goreng sehingga warna pegedil menjadi keemasan….
2.30 am – Para penggental pulang setelah letih menggentel. Namun Anis dan Yani masih setia berkhidmat untuk menggoreng pegedil.
5.30 am – Alhamdulillah berkat ketabahan Anis dan Yani separuh dari pegedil berjaya digoreng. Terima kasih kepada mereka kerana setia menanti. Aku berasa kagum dengan semangat yg ditunjukkan oleh dua gadis ini. Aku dapat rasakan adalah berbaloi bagi lelaki-lelaki kaya diluar sana untuk melamar mereka.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada yg terlibat dalam menjayakan house warming kami. Berat sama dipikul ringan ama dijinjing. Kepada Arul, Pisang dan Mamduh kami amat menghargai bantuan yg kalian hulurkan semoga kawasan kejiranan kita betambah harmoni. Kepada hadirin yg hadir semoga anda tidak sakit perut dan terima kasih kerana sanggup meluangkan masa anda untuk hadir.