Tuesday, June 8, 2010

kembali...

Assalamualaikum...

Sekadar nk berkongsi apa yang terlintas di hati. Semalam aku dikunjungi dua sahabat seperjuagan di bumi Christchurch ni. Kehadiran yg aku rasa mengeratkan silaturrahim yg kian pudar dek kekalutan tugasan di universiti. Mungkin ni kunci kejayaan sahabat aku sorang ni, meghidupkan silaturrahim sebelum exam...mmg bagus.

Bukan niat aku nk bercerita tentang kehebatan sahabat aku nih, tapi aku nk berkongsi apa yg dibincangkan bersama diorang. Semenjak dua menjak ni, perbualan aku ngan kawan2 byk berkisar pasal KAWIN... yela kot masing2 terasa umur dah makin meningkat dan terasa perlu kepada KAWIN. Dalam usrah soalan pasal kawin ni jarang tak ditanya...seronok betul ckp pasal KAWIN yer..

Dalam kehangatan kita berbicara pasal KAWIN, apa matlamat pernikahan itu sendiri, kita kadang2 terlupa tentang kebolehmampuan kita utk menggalas tanggungjawab selepas berjaya melafaz akad nikah (harap2 aku satu lafaz jer =P).

Kami membincangkan tentang keadaan tanah air tercinta yg kelihatan aman dari dalam, tapi tidak bagi kami yg melihatnya dari luar. Jenayah dan masalah sosial makin menjadi2. Abah (ayah saya seorang pegawai polis) bercerita bagaimana jenayah di Malaysia semakin menigkat. Sehingga Polis menjalankan sistem peng’awam’an. Semua anggota polis dikerah kan ke bahagian jenayah dan pengurusan bahagian logistic etc diserahkan kepada petugas awan dek kekurangan anggota polis utk menguruskan jenayah yg berlaku tiap2 hari. Buang anak amat meriah. Bunuh dah mcm sembelih ayam. Couple, zina...perghhh...tak cukup taman, celah semak pun jadi...buat malu kat semak jer...

Persoalannya...lepas kita kawin, terasa aman kah kita utk lepaskan isteri dan anak2 kita keluar dari jangkauan kita. Selamat ke isteri kita pergi keje? Anak2 balik skolah nanti camne keadaan dia?? Camne kalau ada org ragut isteri atau culik anak kita??? Atau benda yg lagi teruk dari tu !!???.

Mampu ke aku nk didik anak2 aku dengan kefahaman Islam sehingga aku terasa yakin utk melepaskan anak2 aku seperti yakinnya ibu kepada Imam Syafie melepaskannya utk keluar mencari ilmu pada umur yg begitu muda. Paling menakutkan, adik2 or anak2 kita terpengaruh dengan benda2 negatif nih...n diorang turut menyumbang kepada statistik jenayah dan keruntuhan akhlak kat bumi Allah nih.

Ya Allah...terasa cam takut nk KAWIN..nak berbicara pasal kawin pun aku dah takda mood. Betul Rasullullah berbangga dengan umatnya yg ramai. Tapi apakah jaminan kita bahawa diri kita dan keturunan zuriat kita dikira sebagai umat Rasullulah yg patuh dengan ajaran baginda. Siapa tahu..kita melahirkan manusia yg menentang ajaran Rasulullah, semua disebabkan oleh ketidakmampuan kita membina individu muslim itu sendiri.

Tarbiyah itu perlu.... Bermulalah dengan diri kita..kepada kawan2 takyah la terlalu memikirkan pasal kawin lagi. Persiapkan diri dulu, sampai masa kita pasti sedia...sedia utk saat itu. Kita perlu ingat tanggungjawab yg mendatang amat berat... Bukan mampu utk dipikul kalau kita sekadar mempersiapkan diri dengan bercouple dan beramas mesra sepenuh masa. Dunia semakin ribut.... ke hulu ke hilir kita dibuatnya....moga Allah bersama kita.

"Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami PEMIMPIN bagi orang-orang yang bertakwa"- Al-Furqan, 74

No comments: